Indah Water Konsortium Sdn Bhd
  • Bayar Bil
  • ePermohonan
    • Pertukaran Name/Alamat Surat Menyurat
    • Pertukaran Pemilik
    • Deklarasi/ Pertukaran Jumlah Pekerja Industri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim
  • Pertanyaan
    • Pertanyaan
    • Pengosongan Tangki Septik
  • Semak SMS/WA
 Daftar
 Login
  •   Log Masuk Ahli
  •   Log Masuk Pukal
 Troli Saya
 Bahasa
  •   Bahasa Malaysia
  •   English
PORTAL PELANGGAN
 
IWk Customer Portal
SELAMAT DATANG KE PORTAL PELANGGAN IWK!
 
Sudah menjadi ahli IWK?

Log masuk untuk menyemak dan mengurus bil, e-Bill, akaun pembetungan, dan transaksi anda.

Bukan ahli IWK?

Daftar sebagai ahli untuk menyemak dan mengurus bil, e-Bill, akaun pembetungan, dan transaksi anda. Atau, bayar bil serta merta tanpa perlu log masuk (hanya memerlukan nombor akaun pembetungan anda).

  Pendaftaran
  Bayar Bil
IWk Customer Portal

© 2025 Hak Cipta Terpelihara Indah Water Konsortium Sdn Bhd (199101001452 (211763-P))

 
Log Masuk

Masukkan e-mel/nama pengguna & kata laluan anda untuk meneruskan.

Hantar Semula

Polisi Privasi

Lupa kata laluan anda?
Belum menjadi ahli? Daftar Sekarang!

 
Log Masuk Pukal

Masukkan e-mel/nama pengguna & kata laluan anda untuk meneruskan.

Polisi Perlindungan Data Peribadi dan Polisi Privasi

 
Lupa Kata Laluan
 
Hantar
NOTIS PRIVASI (“Notis”)
IKRAR KAMI

Indah Water Konsortium Sdn Bhd ("IWK" atau "kami") komited untuk melindungi privasi individu dan data peribadi pelanggan kami. Kami berusaha untuk memastikan bahawa dasar dan amalan kami berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, pemprosesan dan pendedahan data peribadi anda mematuhi keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan undang-undang lain yang terpakai di Malaysia.



AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Notis ini adalah terpakai ke atas semua pelanggan IWK ("anda") dan bertujuan untuk mematuhi keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut”). Notis ini memberikan maklumat mengenai hak-hak anda berkaitan dengan data peribadi anda yang telah dan mungkin dikumpulkan oleh IWK untuk penyediaan perkhidmatan pembetungan. Sila baca Notis ini dengan teliti untuk memahami bagaimana kami mengumpul, mengguna, memproses serta mendedahkan data peribadi anda.



DATA PERIBADI PELANGGAN

IWK mungkin mengumpul dan memproses data peribadi berikut mengenai anda:

  • Maklumat Peribadi: Nama penuh, kewarganegaraan, butiran rangkaian sosial, nombor kad pengenalan atau nombor pasport;
  • Maklumat Perhubungan: Nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, alamat emel, alamat rumah dan alamat surat–menyurat;
  • Maklumat Pembayaran Bil: Maklumat bil dan pembayaran bagi perkhidmatan pembetungan dan/atau responsif, termasuk butiran kad debit, kad kredit atau bentuk pembayaran lain seperti akaun bank atau e-wallet;
  • Maklumat Hartanah: Maklumat mengenai hartanah termasuk nilai tahunan dan kadar penilaian yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan; 
  • Maklumat Akuan Pembentungan: Butiran yang berkaitan dengan akaun pembentungan anda;
  • Maklumat Pengunaan Air: Butiran penggunaan air serta bacaan meter air;
  • Maklumat Komunikasi: Apa-apa bentuk komunikasi atau panggilan yang dibuat oleh anda ke Pusat Servis Pelanggan kami atau jabatan lain dalam IWK; dan
  • Maklumat Dokumentasi Undang - Undang: Apa-apa data peribadi yang diperolehi dari mana-mana dokumen undang-undang termasuk perjanjian jual beli, perjanjian perkhidmatan air, perjanjian sewa, surat pentadbiran, surat wasiat, surat kuasa, sijil kelahiran dan/atau sijil kematian.
Kami juga mungkin akan mengumpul data peribadi dari pelbagai sumber lain seperti berikut:
  • dari anda atau wakil yang diberi kuasa oleh anda;
  • institusi kewangan;
  • penyedia perkhidmatan pos;
  • pihak berkuasa tempatan;
  • pemaju perumahan;
  • syarikat perkhidmatan air;
  • pembekal perkhidmatan yang dilantik oleh IWK;
  • agensi pelaporan kredit;
  • sumber lain di mana anda telah bersetuju untuk data peribadi anda didedahkan, dan/atau;
  • sumber lain yang dibenarkan di bawah undang-undang.



PEMPROSESAN DATA PERIBADI PELANGGAN

Anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang:

  • Pengesahan Identiti: Untuk mengesahkan identiti anda; 
  • Penyediaan Perkhidmatan: Untuk membolehkan penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan pembetungan dan/atau perkhidmatan responsif kepada anda; 
  • Pengurusan Pangkalan Data Pelanggan Serta Pengurusan Perkhidmatan: Untuk penyelenggaraan pangkalan data pelanggan serta sebarang proses berkaitan perkhidmatan pelanggan; 
  • Insurans: Untuk keperluan tuntutan insurans; 
  • Kewangan: Untuk tujuan kewangan, pengebilan dan pengebilan bersama, termasuk pembayaran untuk perkhidmatan IWK (dan transaksi berkaitan dengannya), perakaunan serta percukaian; 
  • Pentadbiran: Untuk pengurusan efektif operasi dalaman termasuk penyimpanan rekod, pematuhan dasar serta proses organisasi lain; 
  • Pematuhan Undang-undang: Untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan, serta melindungi atau melaksanakan hak kami dalam pengutipan sebarang hutang tertunggak; 
  • Hubungan Pelanggan: Untuk tujuan komunikasi serta memberi maklumbalas terhadap sebarang pertanyaan atau aduan, serta menyampaikan komunikasi berkala berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh IWK (bukan bahan pemasaran langsung);
  • Penyelidikan dan Analisis: Untuk tujuan penyelidikan dan analisis termasuk tujuan penyimpanan rekod sejarah dan statistik; 
  • Pengurusan Operasi: Untuk operasi umum dan penyelenggaraan perkhidmatan yang disediakan oleh IWK; 
  • Integrasi Data: Untuk menyeragamkan data yang disimpan oleh IWK berkaitan dengan anda dari masa ke semasa; 
  • Aktiviti Promosi: Untuk membolehkan pengurusan pertandingan, peraduan, tawaran atau sebarang promosi lain yang dijalankan oleh IWK; 
  • Keselamatan dan Pencegahan Penipuan: Untuk menyiasat apa-apa aduan dan transaksi yang mencurigakan; dan/atau
  • Tujuan Sah Lain: Untuk sebarang tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang. 



PENDEDAHAN DATA PERIBADI

Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti di bawah:

  • Ejen dan Pembekal Perkhidmatan : Pihak yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan tujuan pengumpulan data peribadi tersebut (termasuk ejen/pembekal perkhidmatan yang berada di luar negara);
  • Pemegang Lesen Pengagihan Air dan Lesen Kemudahan Air : Hanya jika mereka menyediakan perkhidmatan kepada anda;
  • Pemproses Data Pihak Ketiga : Pihak yang menyediakan perkhidmatan pemprosesan data, termasuk mereka yang berada di luar negara;
  • Badan Pengawal Selia : Pihak yang menjalankan kawal selia seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang atau untuk mematuhi perintah undang-undang;
  • Kerajaan Persekutuan atau Negeri : Seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang atau untuk mematuhi perintah undang-undang;
  • Agensi Pelaporan Kredit : Untuk tujuan menyumbang maklumat untuk penyenaraian serta penilaian kredit penghutang tegar, tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan;
  • Peguam yang Dilantik dan Agensi Pemungutan Hutang : Hanya dalam keadaan di mana terjadi kelewatan atau kegagalan pembayaran caj pembetungan, semata-mata untuk tujuan pemulihan hutang dan tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan;
  • Pihak yang Terikat Kerahsiaan : Ejen, kontraktor, penasihat, dan/atau pembekal perkhidmatan kami yang mempunyai tanggungjawab menjaga kerahsiaan data peribadi tersebut secara kontrak dan/atau di bawah undang-undang.
Kami tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan tanpa kebenaran anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin mendedahkan data peribadi anda untuk memenuhi keperluan undang-undang dan dengan niat suci, jika tindakan tersebut perlu (a) untuk mematuhi apa-apa arahan agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau (b) untuk melindungi dan mempertahankan hak atau harta IWK.



ADUAN DAN PERTANYAAN

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin membuat aduan berkenaan data peribadi anda, sila hubungi:

Pegawai Perlindungan Data
Indah Water Konsortium Sdn Bhd
No. 1, Jalan Damansara
60000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 03-2780 1100
Fax: 03-2780 1101
Emel: dpo@iwk.com.my

Kami mungkin akan mengubah Notis ini dari masa ke semasa jika terdapat sebarang perubahan undang-undang, perubahan teknologi atau amalan perniagaan, prosedur atau struktur kami, yang memerlukan Notis ini dikemaskini. Versi terkini Notis ini akan tersedia di halaman ini di laman web kami, dan tarikh kemaskini terbaru akan sentiasa dipaparkan untuk kemudahan rujukan anda. Anda perlu menyemak Notis Privasi ini secara berkala untuk mengambil maklum sebarang perubahan yang mungkin dibuat. Sila ambil perhatian bahawa penggunaan berterusan perkhidmatan kami oleh anda selepas apa-apa perubahan dibuat kepada Notis ini adalah dianggap sebagai penerimaan anda terhadap semua perubahan tersebut. Penerimaan ini akan mengikat anda kepada semua syarat serta terma yang telah dikemaskini.

 
Personal Data Protection Policy

Indah Water Konsortium Sdn Bhd ("IWK", or "we", "our" or " us") asks you to read this Personal Data Protection Policy ("Policy") carefully as it contains important information about how we will process and use the personal data provided by you through this website. Please note that this Policy only applies to personal data processed in respect of commercial transactions.

We do not collect any personal data or personally identifiable information when you visit our website unless you choose to provide that information to us. If you do provide us your personal data through our website, consequently, please be informed that the personal data and other information provided in your application to register for the use of the IWK's website and including any additional information you may subsequently provide (collectively referred as "personal data"), may be used and processed by IWK for the following purposes:-

  • assessing your application to register for the use of the IWK website;
  • assessing your job application to join IWK (if any);
  • to communicate with you;
  • respond to your inquiries;
  • conduct internal activities;
  • to provide you with information on IWK services; and
  • if relevant, such other purposes as set out in the Privacy Policy for Indah Water's website

 

In order to process your personal data, your consent is required. If you do not consent to the processing of your personal data for the above stated purpose ("Purposes"), we cannot process your personal data for any of the above Purposes and we will not be able to approve your application for registration for use of the IWK's website.

Generally, we may disclose your personal data to the following parties:

  • agents and service providers (including those overseas) providing services relating to the Purposes of which the personal data is collected;
  • third parties (including those overseas) who provide data processing services;
  • any person, who is under a duty of confidentiality who has undertaken to keep such data confidential; and
  • any actual or proposed assignee, transferee, participant or sub-participant of IWK's rights or business.

 

We do not disclose your personal data to unaffiliated third parties without your consent. However, we may disclose your personal data if required to do so by law or in good faith, if such action is necessary to (a) comply with any law enforcement agency requirements, court order or legal processes; or (b) protect and defend the rights or property of IWK and its group of companies.

Access, corrections and complaints

If you would like to make any enquiries or complaints or request access or correction of the personal data, you may contact:

Compliance Officer
Indah Water Konsortium Sdn Bhd
Menara Indah Water
No.1, Jalan Damansara
60000 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-2780 1100
Fax: 03-2780 1101
Email:
compliance@iwk.com.my

We may review and update this Policy from time to time to reflect changes in the law, changes in our business practices, procedures and structure, and the community's changing privacy expectations. You should check this Policy occasionally to ensure that you are aware of the most recent version which will apply each time you access this website.

While it is not generally feasible to notify you of the changes to this Policy, the latest version of this Policy will be available on this page on our website.

 
Check Sms/ WA

Masukkan nombor telefon berdaftar untuk menyemak peringatan SMS atau WhatsApp bagi caj tertunggak. Rekod mesej disimpan selama 30 hari.

Saya telah membaca dan bersetuju dengan Notis Privasi IWK bagi penggunaan data saya untuk tujuan pengesahan akaun.

Hantar Semula
 

Alert Message here!!!